![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Haiwan Mesra / Mesra Petshop
Klinik Haiwan Mesra atau Mesra Pet Shop adalah klinik haiwan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan serta keperluan haiwan kesayangan anda. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah rawatan haiwan, vaksinasi dan nyahcacing, pemandulan, penjagaan kesihatan, penggayaan, penginapan dan khidmat nasihat tentang penjagaan haiwan serta penjualan makanan dan aksesori haiwan kesayangan. Anda boleh menghubungi cawangan Mesra Pet Shop yang berhampiran untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut kerana perkhidmatan yang disediakan mungkin berbeza-beza di setiap cawangan kami. Sila KLIK untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda dan haiwan kesayangan anda di mana-mana cawangan Klinik Haiwan Mesra & Pet Shop yang berada di Bangi, Kajang, Putrajaya, Serdang, Ampang, Shah Alam, dan Taman Melawati.
Tidak kira sama ada kucing anda tinggal di dalam atau luar rumah, mereka tetap terdedah kepada pelbagai risiko penyakit kucing yang boleh membawa maut.
Malang tidak berbau, namun salah satu cara terbaik untuk melindungi mereka daripada jangkitan ini adalah mendapatkan vaksin bagi kucing anda sejak dari awal lagi.
Apa itu vaksin kucing
Secara ringkasnya, vaksin merupakan virus yang telah dilemahkan. Ia akan disuntik ke dalam badan kucing ini bagi membantu badan dapat melawan serangan penyakit di masa akan datang.
Sekiranya kucing anda terdedah kepada penyakit ini di masa akan datang, sekurang-kurangnya mereka sudah mempunyai antibodi badan yang mampu melawan jangkitan penyakit ini.
Kebaikan vaksin kucing.
Jika anda masih ragu sama ada kucing anda perlu divaksin atau tidak, jom Oyen kongsikan lagi kepada anda manfaat vaksin kucing ini seperti berikut:
1) Menaikkan tahap imuniti badan kucing
Setelah berhenti menyusu dengan ibu kucing, semakin lama, tahap imuniti badan anak kucing akan makin berkurangan. Dengan bantuan vaksin sejak usia mereka 2 bulan, ini akan membantu membina semula imuniti di dalam badan anak kucing.
2) Melindungi anda daripada kos rawatan yang tinggi sekiranya dijangkiti
Tidak dinafikan lagi, apabila kucing anda telah disahkan dijangkiti penyakit berbahaya, ia pastinya akan menelan belanja dan kos rawatan yang mahal. Dengan melakukan langkah pencegahan dengan memberi vaksin kepada kucing anda sejak awal lagi, ia sekurang-kurangnya mampu mengurangkan risiko jangkitan penyakit ini
3) Memberi perlindungan kepada pemilik kucing
Tahukah anda, terdapat penyakit yang boleh menjangkiti manusia yang boleh berpunca daripada kucing yang dijangkiti seperti Rabies? Dengan memberikan vaksin kepada kucing anda, ia akan mencegah jangkitan penyakit ini dan secara tidak langsung memberikan perlindungan kepada pemilik kucing itu sendiri.
Syarat vaksin kucing
Sebelum anda membawa kucing bagi mendapatkan vaksin kucing, biasanya terdapat beberapa syarat yang dikenakan bagi mengelakkan sebarang masalah dan komplikasi iaitu:
1) Perlu berumur dua bulan ke atas
2) Sihat dan tidak demam sewaktu mengambil suntikan
3) Mempunyai berat badan yang mencukupi
Kesan sampingan vaksin kucing
Berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang mungkin dialami oleh kucing anda setelah menerima vaksin:
Cirit-birit
Muntah
Hilang selera makan
Bengkak pada tempat suntikan
Demam
Sekiranya tanda atau simptom ini semakin teruk, hubungi pihak veterinar anda bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Kos vaksin kucing
Sebenarnya, harga vaksin kucing akan bergantung kepada harga semasa. Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan vaksinasi di pihak veterinar kerajaan atau swasta. Secara puratanya, bagi perkhidmatan klinik swasta anda mungkin akan dikenakan caj sebanyak RM 40 - RM 80 bagi proses vaksinasi ini. Untuk vaksin di Klinik Haiwan Mesra, caj bagi vaksin sahaja ialah RM40 manakala pakej vaksin sekali ubat cacing ialah RM45.
Akhir sekali, jangan lupa untuk mendapatkan vaksin tahunan kucing atau vaksin booster sekiranya perlu.
Ia boleh membantu mengekalkan kesihatan dan keberkesanan vaksin ini bagi kucing anda.
Sumber artikel :https://www.oyen.my/pos/panduan-vaksin-kucing#:~:text=Vaksin%20asas%20merupakan%20vaksin%20yang,berjangkit%20yang%20boleh%20menjangkiti%20manusia.
![]() |
![]() |