Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Haiwan Mesra / Mesra Petshop

Selamat datang ke Portal Rasmi Klinik Haiwan Mesra / Mesra Pet Shop

Klinik Haiwan Mesra atau Mesra Pet Shop adalah klinik haiwan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan serta keperluan haiwan kesayangan anda. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah rawatan haiwan, vaksinasi dan nyahcacing, pemandulan, penjagaan kesihatan, penggayaan, penginapan dan khidmat nasihat tentang penjagaan haiwan serta penjualan makanan dan aksesori haiwan kesayangan. Anda boleh menghubungi cawangan Mesra Pet Shop yang berhampiran untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut kerana perkhidmatan yang disediakan mungkin berbeza-beza di setiap cawangan kami. Sila KLIK untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda dan haiwan kesayangan anda di mana-mana cawangan Klinik Haiwan Mesra & Pet Shop yang berada di Bangi, Kajang, Putrajaya, Serdang, Ampang, Shah Alam, dan Taman Melawati.

Berita

Hye cat lovers. Jualan akhir tahun Mesra Pet Shop bersambung lagi atas permintaan ramai. Promo ini berlansung di semua cawangan (kecuali Shah Alam & Saujana Impian,Kajang) sementara stok masih ada. Grab cepat cepat tau.

 

 

 

ARKIB : 24/12/2012 - Utusan Online


Haiwan di Klinik Mesra diperiksa bagi mengenal pasti tahap kesihatannya.

DI Shah Alam, dua pemilik sebuah pusat jagaan haiwan dipenjara tiga bulan atas kesalahan menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap 30 ekor kucing ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Di Petaling Jaya pula, seorang penjaja wanita yang pernah membangkitkan kemarahan penduduk di negara ini apabila aksinya mendera tiga ekor kucing disiarkan di laman YouTube, telah didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret.

Penjaja berkenaan didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) dan (d) Akta Binatang 1953 yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM200 atau kedua-duanya bagi setiap kesalahan.

Kedua-dua kes tersebut antara contoh bagaimana individu yang terlibat dengan penganiayaan terhadap binatang dikenakan hukuman.

Maka, kerajaan telah merangka dan dijangka membentangkan Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan di Dewan Rakyat pada tahun depan bagi mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah yang mendera binatang.

Antara cadangan dalam rang undang-undang tersebut ialah supaya pesalah kes penderaan haiwan didenda antara RM20,000 dan RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun.

Mengulas perkara tersebut, seorang pengusaha pusat jagaan haiwan, Dr. Ahmad Kusairy Wan Sulaiman, 47, bersetuju supaya hukuman lebih berat dikenakan kepada mereka yang menganiaya haiwan.

''Jangan anggap haiwan sebagai sampah, mereka perlu perhatian dan kasih sayang,'' ujar beliau ketika ditemu di kliniknya di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Beliau berkata, dengan kemajuan negara yang dicapai pada masa ini, masyarakat semakin menyedari kepentingan penjagaan atau kebajikan haiwan.

Kesedaran masyarakat Malaysia kini semakin ketara dengan kebanyakan rumah memiliki haiwan peliharaan

''Haiwan juga merupakan makhluk Allah dan sepatutnya disayangi,'' katanya.

Dengan meningkatnya kesedaran orang ramai itu, mereka mula memelihara haiwan kesayangan di rumah dan jumlahnya semakin bertambah.

Peningkatan pemilikan haiwan kesayangan ini mendorong ramai membuka pusat penjagaan haiwan bagi memudahkan pemiliknya menyimpan haiwan tersebut dengan kadar bayaran tertentu apabila terpaksa meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama.

Namun bagi Dr.Wan Ahmad Kusairy, tidak semua orang layak atau berkemampuan membuka pusat seumpama itu.

Minat dan pengetahuan menjadi faktor penting sama ada mereka boleh berjaya atau sebaliknya.

Mengimbas kembali penglibatannya dalam industri tersebut, beliau berkata, minat menjadi pendorong kuat kepadanya sehingga berjaya membuka pusat seumpama ibarat pusar Rehat dan Rawat (R&R) untuk haiwan.

Beliau mempunyai kelayakan dalam perubatan veterinar selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (ketika itu Universiti Pertanian Malaysia) pada 1990.

Anak jati Temerloh Pahang pada mulanya ditawarkan pengajian doktor perubatan tetapi memilih bidang veterinar memandangkan tidak ramai menceburi bidang tersebut.

Selepas menamatkan pengajian, beliau menyertai Jabatan Perkhidmatan Haiwan (sekarang Jabatan Perkhidmatan Veterinar) sebelum memulakan perniagaan pada 2006.

''Saya dapati tidak ramai orang Melayu membuka pusat seumpama ini ketika itu sedangkan permintaannya agak tinggi. Menjadi satu cabaran bagi saya untuk menawarkan perkhidmatan tersebut.

''Tambahan pula saya mempunyai kelayakan dalam perubatan veterinar yang sepatutnya saya praktikkan dan pada masa sama, dapat memberi peluang kepada rakan-rakan saya meneruskan kepakaran mereka,'' ujarnya lagi.

Beliau memulakannya perniagaannya dengan membuka kedai kecil di Bandar Baru Bangi sebelum berpindah ke kawasan yang lebih luas di premis yang ada sekarang dengan nama Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra di Seksyen 7 di kawasan yang sama.

Dalam tempoh enam tahun, Dr. Wan Ahmad Kusairy membuka empat cawangan baru di beberapa kawasan lain termasuk Putrajaya, Shah Alam, Kajang dan Taman Sri Serdang.

Klinik dan pusat penjagaan haiwan berkenaan dikendalikan oleh enam orang doktor veterinar dan 20 kakitangan.

Klinik tersebut sebenarnya mirip hotel yang menawarkan khidmat Rehat dan Rawat (R&R) seperti penginapan, penjagaan kebersihan, makanan dan pemeriksaan kesihatan yang kebanyakannya dikhususkan untuk kucing.

Meskipun terdapat pemilik haiwan menghantar peliharaan mereka seperti hamster, kura-kura dan arnab, pusat tersebut lebih tertumpu kepada kucing.

Dengan kemudahan mirip hotel, pusat tersebut menawarkan beberapa jenis atau standard 'bilik' untuk seekor kucing, terbahagi kepada Standard, Deluxe dan Exclusive pada harga mengikut kemudahan.

Bilik keluarga juga ditawarkan dengan harga tertentu.

Perkhidmatan sampingan yang ditawarkan termasuklah memandi kucing, berubat dan bius dengan anggaran bagi yang berbulu pendek antara RM45 hingga RM90 (bergantung kepada perkhidmatan).

Bagi kucing yang berbulu panjang, perkhidmatan yang sama ditawarkan pada harga antara RM55 hingga RM105.

Mencukur bulu kucing juga ditawarkan dengan harga RM100 dan RM120 masing-masing bagi yang berbulu pendek dan panjang.

Beberapa perkhidmatan lain yang ditawarkan termasuk pemandulan kucing betina yang mesti berumur sekurang - kurangnya enam bulan , keadaan kesihatan baik dan beberapa kemudahan lain dengan harga RM120 seekor bagi tiga hariu dua malam penginapan.

Pemandulan kucing jantan juga ditawarkan pada pakej harga RM70 termasuk penginapan dua hari satu malam.

Maklumat lanjut hubungi klinik berkenaan di talian 03-89250121.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20121224/lk_01/RR-haiwan-peliharaan#ixzz3S0yKYeeh
© Utusan Melayu (M) Bhd

Oleh NURUL IZZA ROSLY
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

30 Oktober 2010 - SAAT melangkah masuk ke dalam Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra, kelihatan Gugu, Linux, Pipi, Lalita, Chelsea, Dina, Hana, Fiona, Oga, Bob, Beany, Finas dan Yona sedang berehat di dalam sangkar masing-masing.

Ada yang bergurau senda, tidur, menjamu selera dan tidak kurang juga yang sedang bermalas-malas membersihkan diri sementara menunggu tuan masing-masing menjemput mereka pulang ke rumah.

Kesemua kucing tersebut didaftar masuk di situ kerana pemiliknya mempunyai urusan kerja atau bercuti panjang.

Menariknya, semua haiwan di klinik berkenaan akan mendapat kemudahan serta layanan yang sangat istimewa.

Malah, melengkapkan layanan kelas pertama tersebut, haiwan di situ diberikan khidmat rawatan kesihatan kerana doktor bertugas akan memantau tahap kesihatan dari semasa ke semasa.

Seorang pengaturcara komputer di sebuah syarikat swasta, Nuraini Ibrahim, 23, mula menghantar kucing kesayangannya Ricky Bobo ke klinik haiwan yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor itu, sejak Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.

“Saya akan menghantar Ricky Bobo yang berusia setahun setengah apabila ada tugasan luar dan ketika balik ke kampung beraya. Biasanya paling singkat Bobo menginap di sini selama dua hari dan paling lama dua minggu.

“Sebelum ini saya menghantar Bobo di tempat lain tetapi memandangkan pelbagai perkhidmatan ditawarkan di sini selain dikenakan caj yang berpatutan, saya lebih selesa di sini,” katanya sambil mendukung Bobo seberat 5.2 kilogram (kg) itu.

Tambahnya, klinik tersebut bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penginapan tetapi turut menyediakan perkhidmatan rawatan, grooming dan barang-barang keperluan haiwan. Pendek kata, segala-galanya ada di situ.

“Kos penginapan di sini RM12 sehari lengkap dengan penyediaan makanan selain ia dijaga oleh veterinar yang bertauliah,” ujarnya.

Sementara itu, pemilik kucing jantan jenis Mancoon Mix, Mohd. Azhar Abdul Aziz, 29, sependapat mengenai caj yang dikenakan terhadap setiap pelanggan.


KUCING-KUCING yang menginap di hotel haiwan di Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra, Bandar Baru Bangi akan dikenakan caj RM12 hingga RM15 sehari.



Pegawai Eksekutif yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran itu akan menghantar kucingnya bernama Ronaldo ‘bercuti’ ke situ apabila dia mempunyai tugasan di luar daerah mahupun bercuti.

“Paling lama pernah saya tinggalkan Ronaldo selama lima hari. Keadaan di sini selesa, jadi saya tidak risau jika tinggalkan Ronaldo lama di sini.

“Selain menggunakan perkhidmatan ‘hotel haiwan’. saya juga membawa kucing ke sini untuk menjalankan rawatan rutin, suntikan vaksin, mendapatkan ubat cacing dan sebagainya,” katanya.

Mohd. Azhar berpendapat pemilik kucing dulu dan kini sangat berbeza.

“Kini, mereka lebih mampu membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan memandangkan klinik-klinik haiwan sudah banyak dibuka,” ujarnya.

Empat cawangan hotel kucing

Pemilik Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra, Dr. Wan Ahmad Kusairy Wan Sulaiman, 45, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang veterinar memberitahu, sebelum haiwan didaftar masuk, keadaan mereka diperiksa dan diberikan suntikan vaksin terlebih dahulu sebelum diberikan lampu hijau untuk menginap di ‘hotel’nya.

“Pemeriksaan awal perlu bagi mengelakkan penyakit berjangkit dengan kucing-kucing lain yang menginap di tempat yang sama. Jika didapati kucing itu tidak sihat, ia akan dikuarantin di bilik khas.

“Jika kucing tersebut sakit selepas pulang dari tempat ini, pemilik mereka boleh mendapatkan rawatan tanpa dikenakan sebarang caj,” katanya yang sebelum ini berkhidmat dengan Institut Haiwan Kluang, Johor.

Wan Ahmad merupakan pemegang Ijazah Kedoktoran Perubatan Veterinar daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) menubuhkan kliniknya sendiri pada tahun 2008 di Bangi turut menyediakan asrama untuk haiwan lain seperti arnab, hamster, iguana dan kura-kura.

Caj yang dikenakan ialah RM12 untuk sangkar standard dan RM15 untuk sangkar yang lebih besar. Caj tersebut merangkumi kos penginapan dan makanan sahaja.

Permintaan tambahan daripada pemilik kucing untuk mandi dan grooming akan dikenakan caj tambahan.



WAN AHMAD menyediakan 500 buah 'bilik' di hotel kucing miliknya pada perayaan Aidilfitri tahun lalu.



Menurutnya, kebiasaannya ‘bilik’ kucing di kliniknya habis ditempah pada musim perayaan terutamanya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Baru-baru ini, kliniknya menjaga lebih kurang 500 ekor kucing di empat buah cawangan kliniknya iaitu di Seksyen 7, Bangi; Presint 15, Putrajaya; Saujana Impian, Kajang dan Taman Seri Serdang, Seri Kembangan.

Angka tersebut meningkat sebanyak 100 ekor berbanding 400 ekor tahun lalu dan setiap kali raya, Wan Ahmad menghabiskan hampir RM15,000 untuk membeli sangkar-sangkar baru untuk keselesaan ‘tetamunya', malah sangkar-sangkar lama pula akan dijual pada harga istimewa.

“Paling singkat pemilik haiwan menghantar haiwan kesayangan mereka ke sini adalah empat hari dan paling lama pula lebih dua minggu. Sambutan yang menggalakkan menyebabkan saya tidak hanya membuka perkhidmatan penginapan pada musim perayaan sahaja, malah turut membukanya untuk musim haji dan cuti sekolah yang panjang.

“Bagi mereka yang bakal menunaikan umrah atau haji, kami akan memberikan diskaun sebanyak 30 hingga 50 peratus,” ujarnya yang mempunyai pelanggan daripada segenap golongan.

Semua di bawah satu bumbung

Para pemilik haiwan yang meninggalkan haiwan kesayangan mereka di klinik tersebut tidak perlu gusar kerana haiwan dijaga dan dipantau oleh kakitangan bertugas yang terdiri daripada tiga orang doktor veterinar dan 10 orang pembantu 24 jam sehari, tujuh hari seminggu di semua cawangan klinik.

Selain menawarkan khidmat penginapan, klinik haiwan milik Wan Ahmad juga menjalankan perkhidmatan pembiakan baka kucing.

“Pelanggan hanya dikenakan caj sebanyak RM200 sekali masuk dan andai kata proses tersebut tidak mendatangkan sebarang hasil, kami akan memberikan peluang kedua kepada kucing mereka secara percuma.


MOHD. AZHAR sentiasa berkunjung ke Klinik Haiwan & Surgeri Mesra untuk mendapatkan keperluan kucing-kucing kesayangan.

“Kami juga membuat program khidmat masyarakat istimewa buat pemilik-pemilik haiwan. Pada bulan April lalu kami mengadakan program ultra bunyi percuma untuk kucing dan arnab,” katanya yang merancang untuk membuka cawangan di Temerloh, Pahang tahun depan.

Wan Ahmad memberitahu, bermula 8 November ini, dia bercadang untuk memberikan suntikan vaksin penyakit kurap bagi kucing dan arnab secara percuma sehingga 30 November.

Dalam pada itu, Wan Ahmad juga mahu memberi peluang kepada pelajar veterinar lepasan universiti untuk membuat latihan praktikal sekali gus menyediakan peluang pekerjaan buat mereka.

Ibu Pejabat

Klinik Haiwan & Surgeri Mesra
No. 2A, Jln. 7/7A, Seksyen 7
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 - 8925 0121

       03 - 8912 1021

Whatsapp: 010 - 448 9968

KLIK untuk cawangan lain

Jumlah Pelawat

3.png6.png4.png3.png7.png6.png
Hari Ini153
Semalam148
Minggu Ini1219
Bulan Ini2698
Jumlah364376

Sunday, 15 June 2025
Powered by CoalaWeb
JSN Dome template designed by JoomlaShine.com